Secara keseluruhannya,jelaslah bahawa Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum,bangsa,budaya dan agama.Hal ini terjalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang.Keharmonian tidak dapat dinikmati oleh generasi sekarang sekiranya tiada persefahaman dan toleransi antara kaum.
Kepelbagaian budaya hasil daripada kewujudan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata dunia.Oleh itu,keunikan ini perlulah dipelihara dengan baik untuk tatapan generasi akan datang dan pada nasa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.
No comments:
Post a Comment