Monday, October 21, 2024

SENI TARI,KRAFTANGAN DAN VISUAL

 Kebudayaan dan perpaduan di Malaysia dari segi seni dan kesenian memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ikatan antara pelbagai kaum dan etnik di negara ini. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budayanya yang dipengaruhi oleh masyarakat Melayu, Cina ,India, serta masyarakat pribumi seperti Orang asli dan etnik Sabah dan Sarawak. Seni dan kesenian yang mencerminkan kepelbagaian ini termasuk seni tari, seni visual dan seni kraftangan. 


SENI TARI

                                TARIAN TRADISIONAL MELAYU


                      TARIAN SINGA PADA TAHUN BARU CINA


Setiap kaum di Malaysia mempunyai tarian tradisional yang mencerminkan budaya mereka. Antaranya ialah Tarian Zapin (Melayu), Tarian Singa (Cina), Tarian Siam (menora) dan Bharatanatyam (India). Walaupun  berbeza, tarian ini sering dipersembahkan dalam acara kebangsaan, sekali gus mengeratkan perpaduan antara kaum.Tarian melayu bukan sahaja memaparkan elemen budaya melayu tetapi juga disertai oleh komuniti lain dalam majlis atau persembahan kebudayaan. Tarian cina pula, sering disaksikan dan dinikmati oleh pelbagai kaum yang memupuk semangat perpaduan. Selain itu, Tarian India juga kadangkala diadakan dalam program kebudayaan antara kaum. Tarian siam di kelantan iaitu menora adalah tarian Siam yang dipersembahkan dalam majlis tertentu. Masyarakat Melayu di Kelantan sering menyaksikan tarian ini sebagai sebahagian daripada keharmonian budaya. Gabungan daripada persembahan tarian dari pelbagai kaum sering berlaku dalam acara-acara kebudayaan seperti Citrawarna atau festival kebudayaan yang memupuk hubungan lebih erat antara etnik.


SENI KRAFTANGAN 

                                                           
                                                            BATIK

                                                       
                                                         SONGKET

                                                      
                                                             ANYAMAN

Seni kraftangan merupakan warisan tradisional yang dipelihara oleh pelbagai komuniti di malaysia dan ia mencerminkan perpaduan melalui perkongsian teknik dan motif. Antara contoh seni kraftangan yang melambangkan perpaduan adalah Songket, Batik dan Anyaman. Tenunan songket tradisional melayu yang sering kali menggabungkan pengaruhdati india dan siam dalam corak dan teknik tenunan. Songket dihasilkan dengan pelbagai motif dan warna yang kaya dan ia digunakan dalam pelbagai upacara budaya. Walaupun batik terkenal sebagai tekstil Melayu, ia juga menerima pengaruh budaya jawa dan cina. Batik kini menjadi lambang seni tekstil yang dinikmati oleh semua kaum di Malaysia. Selain itu, seni anyaman rotan, daun pandan dan buluh adalah amalan tradisional dalam kalangan Melayu, Orang Asli dan etnik lain. Produk seperti bakul, tikar dan perhiasan rumah dihasilkan oleh pelbagai kaum dengan motif yang unik tetapi sering berkongsi simbol dan elemen reka bentuk. Di tempat-tempat seperti pasar seni, masyarakat pelbagai kaum berinteraksi melaui pembelian dan pameran hasil seni kraftangan yang mewujudkan suasana perpaduan.


SENI VISUAL

                                               
 LUKISAN TRADISIONAL

                                                          
MURAL


 UKURAN SENI KAYU

Seni visual meliputi lukisan, ukiran, fotografi dan mural yang sering menjadi platform untuk menggambarkan budaya dan sejarah sesuatu kaum. Banyak karya seni tempatan yang menggambarkan kehidupan masyarakat pelbagai etnik. Contohnya, lukisan yang memaparkan kehidupan kampung, pemandangan atau perayaan antara kaum yang memperlihatkan suasana harmoni. Selain itu, karya seni mural di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, George Town dan Kuching sering menonjolkan imej perpaduan antara kaum. Lukisan-lukisan dinding ini menjadi simbol kebanggaan komuniti dan menghantar mesej penting tentang keharmonian dan kebersamaan. Seni ukiran kayu juga menunjukkan penggunaan motif alam dan geometri yang sering dipengaruhi oleh pelbagai budaya. 


Secara keseluruhannya, seni dan kesenian di Malaysia bukan sahaja mencerminkan identiti budaya yang pelbagai, tetapi juga berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat berbilang kaum dalam usaha memupuk perpaduan nasional. Seni tari, Seni kraftangan dan Seni visual bukan sahaja memperkayakan budaya tempatan tetapi juga memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Setiap bentuk seni ini menghubungkan pelbagai kominiti melalui penghayatan, penghargaan dan perkongsian  keunikan budaya masing-masing.




No comments:

Post a Comment

  1.Bagaimana perpaduan budaya dapat memperkuat identiti nasional? 2.Bagaimana cara untuk menjaga kebudayaan tradisional dalam era globalisa...