Tuesday, October 8, 2024

KEPELBAGAIAN MAKANAN

Kebudayaan Malaysia yang kaya dengan berbilang kaum mewujudkan perpaduan yang unik termasuk melalui kepelbagaian makanan.Kepelbagaian makanan di Malaysia merupakan salah satu keunikan dan keistimewaan yang mewarnai kebudayaan di Malaysia. Hal ini disebabkan setiap kaum mempunyai cita rasa yang berbeza.Masyarakat Melayu ,Cina dan India masing - masing menyumbangkan hidangan tradisional mereka ,yang kemudian diperkaya dengan pengaruh antara satu sama lain .

                              Jenis makanan pelbagai kaum di Malaysia


Contohnya, makanan seperti nasi lemak (Melayu) , char kuew teow (Cina ) dan roti canai (India) bukan hanya di nikmati oleh kaum masing masing tetapi oleh semua rakyat Malaysia .Sambutan seperti Hari Raya , Tahun Baru Cina dan Deepavali sambil menghidangkan pelbagai hidangan makanan perayaan dapat memperkuat hubungan mereka dan memahami budaya masing masing .Malah ,makanan seperti kuih muih tempatan sering muncul dalam kenduri atau jamuan terbuka yang melibatkan semua kaum dapat menikmati makanan tersebut .Justeru itu melalui kepelbagaian makanan ia boleh menyemarakkan dan memperkukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia .


                                 Makanan tradisional kaum India yang terkenal


Secara keseluruhannya , kepelbagaian makanan di Malaysia bukan hanya menunjukkan kekayaan budaya , tetapi juga berfungsi sebagai alat untuk menjalinkan perpaduan kaum dalam kehidupan harian di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

  1.Bagaimana perpaduan budaya dapat memperkuat identiti nasional? 2.Bagaimana cara untuk menjaga kebudayaan tradisional dalam era globalisa...